Aku bukan insan yang sudah cukup lama hidup di muka bumi. Aku juga bukan insan yang arif dalam hal duniawi apatah lagi akhirat. Tetapi aku juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan. Sekilas aku melihat, manusia tidak pernah lekang dari ujian Allah.
Tuesday, 26 July 2011
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi....
sering kali aku terfikir betapa cantik dan tersusunnya perancangan yang Allah buat untuk diriku.....aku bersyukur kerana aku masih berdiri teguh untuk menuju ke arah kejayaan bagi mencapai cita-cita ku selama ini..Walaupun hakikatnya aku bukanlah seorang insan yang begitu hebat..Aku sedar, selama ini aku tak pernah menunjukkan prestasi pelajaran yang begitu memuaskan kepada kedua ibu bapa ku..Tapi, aku selalu menyimpan matlamat bahawa aku tetap akan membahagiakan mereka dan jauh sekali untuk mengecewakan mereka. Mungkin selama ini Allah sedang meguji ku.. Pada mulanya aku sukar untuk menerima segala kegagalan ku. Pada ketika itu aku merasakan aku ini tidak berguna dan hanya membazirkan duit ibu bapa ku menghantar aku ke sekolah.Tapi, lama kelamaan perkara tersebut sebati dalam hidup ku..dan aku dapat menerima segala kekecewaan yang berlaku..aku tidak pernah berhenti memanjatkan doa kepada Allah. Mungkin itu lah yang Allah inginkan iaitu melihat makhluk ciptaannya sentiasa berdoa dan mendekatkan diri kepadannya..
Subscribe to:
Posts (Atom)